ARIF'S BLOG A piece of craps.
Leave your tags here.
In memories.
by title
❥ sahabat :)
❥ Thanks @AinJulaikha ❥ here we go again ❥ perpisahan ❥ majlis graduasi 3rk ❥ kau milikku walaupun hanya aku yang tahu ❥ iri hati dgn kejayaan orang lain ❥ starting again ❥ tak nak kalah dengan farahin. ❥ alangkah indah dunia bila kita semua takkan membesar by month Cyber mates.
Blogger live traffic.
round applause to these people.
|
KELUARAN ISTIMEWA INI MEMBERIKAN PEMBACA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG RAKAN PENULIS.SIAPE TAHU ANDA MUNGKIN SALAH SEORANG DARINYER BIODATA BELIAU: nama:nur nadhira binti alias tarikh lahir:- nama panggilan:nadhira penulis memanggilnyer:"nerd"ira/adik sebab penulis:saje jer hobi:- cita2:- beliau merupakan pelajar perempuan kelas krk yg kedua dipercayai oleh penulis. penulis tlah memberikan amanah yg besar kepada beliau.penulis tidak mengetahui same ade keptusannyer tepat tapi beliau berserah kpd ilahi.tak banyak diketahui tentang rakan ini kerana tidak banyak berbual dan mengenalinya.pangkatnyer kepada penulis ialah abang-adik kerana ketinggiannyer mungkin.perangainyer-happy go lucky,sentiasa senyum seperti tiada masalah yg berlaku pagi sampai petang ada kem ibadah.pastu pada masa yang sama ada perjumpaan pengawas. pada pendapat aku kem tu ok lah.tapi ramai budak lelaki pepaham je ar.tapi bukan itu yang aku nak citer tapi aku nak citer pasal waktu aku balik tadi.boleh lak motor aku buat hal.rantai putus,nak taknak terpaksa ar mintak tolong orang.ada beberapa orang budak kat sekitar aku tu aku suruh cari budak pengawas.sementara menunggu budak2 tu, aku pun panggil Ilyas.akhirnya Ilyas dan Solihin je yg sanggup menolong.berkat hasil kerjasama bersama,akhirnya motor LC aku tu pun berjaya dipulihkan. p.s.thanks dude,i owe u one Sebab utama saya meninggalkan Friendster adalah demi menjamin kualiti sebuah ikatan persahabatan. Bagi saya, Friendster membuatkan saya kurang menghargai rakan-rakan, sama ada yang dekat atau jauh, yang mengelilingi diri saya. Sejak zaman turunnya Nabi Adam dari syurga, dan sejak manusia buat kali pertama tinggal di atas muka bumi, ikatan persahabatan tidak berfungsi seperti hari ini. Di zaman mereka, persahabatan bermakna pertemuan dan perpisahan. Kadang-kala perpisahan itu ada pertemuannya sekali-sekala, dan kadang-kala terus lesap macam asap. Persahabatan hari ini, yang dibantu dengan teknologi Friendster menjadikan erti persahabatan itu sebagai sebuah pertemuan (dan sebuah pertemuan), dan tiada perpisahan. Akibatnya, persahabatan menjadi online 24 jam, 7 hari seminggu, walaupun seorang di benua Amerika, dan rakannya itu pula di benua Asia. Bagi saya perpisahan (atau lama tak jumpa dan tahu khabar) menjadikan saya menghargai rakan-rakan yang ada. Saya dapat merasakan perbezaan ketara apabila bertemu dan berbual di dunia nyata dengan rakan yang ada di dalam senarai Friendster saya berbanding rakan yang tiada Friendster. Borak saya dengan rakan bukan Friendster, yang lama tidak berjumpa, adalah lebih bermutu dan menyeronokkan. Ini memandangkan saya tidak tahu langsung apa-apa tentang perkembangan dirinya. Jadi perbualan akan lebih menarik. Dan inilah dia persahabatan! Kamu bertemu, kamu berpisah, dan kemudian kamu bertemu lagi untuk bersembang hal-hal menarik sepanjang kamu berpisah. Kalau kamu sudah tahu bahawa rakan kamu sudah berkahwin dan sudah ada anak, dan anda tahu berita gembira ini hanya dengan melihat profil Friendsternya, apakah tidak pelik dan janggal untuk bertanya kepadanya apabila bersua muka di alam nyata, "Eh, engkau dah kahwin ke?" Saya rasa tidak seronok mengetahui berita tentang rakan saya hanya dengan melihat profil dan gambar-gambar yang diletakkan di profil mereka. Memang faedahnya kita akan dapat mengetahui perkembangan terkini sahabat handai, tetapi adakah PERLU bagi kita untuk mengetahui perkembangan mereka pada setiap bulan, atau pada setiap minggu, atau pada setiap hari, atau pada setiap jam? Adakah perlu? Dan adakah ini menjamin kualiti dalam persahabatan? Perempuan yang suci Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah Tidak sedikit pun Allah membenarkan Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya Walaupun hatinya… Kerana Allah teramat mencintainya… Tetapi andai kita bergelumang Dengan cinta lelaki yang palsu imannya Di mana Allah untuk menjaga kita? Allah seakan melepaskan kita Kepada seorang manusia Yang lebih banyak mengecewakan kita Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali Untuk dijaga-Nya, dilindungi… Mengapa masih ragu-ragu? Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri… |